Tetapi persoalannya adakah peluang itu digunakan sebaik mungkin oleh pelajar India di negara ini, itu keraguan yang dilontarkan Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.
“Kerajaan memperuntukkan 1,500 tempat untuk diisi pelajar India dalam program Matrikulasi dan politeknik. Namun kuota itu gagal diisi 100 peratus sehingga ini.
“Cetus persoalan adakah kita menggunakan peluang itu sebaik-baiknya atau tidak, itu yang menjadi persoalan utama.
“Daripada terus merungut kerajaan tidak menyediakan peluang, adalah lebih baik menggunakan peluang yang sudah ada ini sebaik-baiknya untuk maju,” katanya.
Beliau mempunyai impian untuk melihat komuniti India berubah menerusi tranformasi dalam semua lapangan.
Katanya tranformasi yang paling utama diperlukan adalah dalam bidang ekonomi dan pendidikan yang boleh menjamin masa depan cerah.
“Pelajar tidak boleh maju dalam pendidikan hanya dengan seminar-seminar atau bengkel sahaja.
“Kamu kena mencurahkan segala idea dan pengetahuan matang untuk menyerap ilmu sebanyak mungkin mengikut arus peredaran masa depan,” ujarnya lagi. – Malaysia Nanban