Masyarakat India di Bagan Datuk tidak akan dipinggirkan -TPM

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga berkata seperti sebelum ini, masyarakat India akan dilibatkan dalam program pembangunan yang dapat memakmurkan lagi Bagan Datuk, iaitu daerah pentadbiran baharu ke-12 Perak.

“Sebelum ini, kepimpinan kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, pemimpin politik, badan bukan kerajaan, warga pendidik dan masyarakat India telah membangunkan kawasan kita ini,” katanya ketika berucap merasmikan Program ‘Ponggu Tamil’ di Hutan Melintang dekat sini, malam tadi.

Kira-kira 3,000 orang menghadiri program itu yang menampilkan campuran sosiobudaya bersempena dengan Pesta Ponggal Sedunia.

Ahmad Zahid berharap penduduk daerah itu juga dapat terus hidup dalam keadaan penuh harmoni dengan mengetepikan sebarang perbezaan pendapat demi mencapai kemajuan bersama. -Makkal Osai

Related Articles