Masihkah ada ruang untuk PAS di Selangor?

by SM Amin

Pesuruhjaya PAS Selangor ada membuat kenyataan bahawa jika PAS dan UMNO dapat memenangi kerusi yang mencukupi pada PRU akan datang, maka tidak menolak kemungkinan untuk menubuhkan kerajaan campuran Selangor. Bagaimanapun keutamaan bukan terletak pada kerajaan campuran UMNO dan PAS, sebaliknya dalam keadaan huru-hara pertandingan berpenjuru, berapa banyak kerusi yang dapat dimenangi di Selangor?

UMNO telah hilang kuasa pentadbiran negeri Selangor dalam PRU Ke-12 dan memberi pembangkang yang memiliki 22 kerusi memerintah kerajaan negeri secara tunggal. Pada PRU Ke-13, ketua yang mengetuai jentera menaburkan janji manis kepada Najib bahawa BN-UMNO akan mendapatkan semula 100 peratus kuasa pentadbiran negeri. Hasilnya bukan sahaja tidak berjaya meraih semula 22 kerusi sedia ada malah BN-UMNO tewas dengan hanya tinggal 12 kerusi sahaja.

Sebenarnya PAS yang bercita-cita liar untuk mendapat manfaat paling besar kerana berjaya duduk dan berdiri di landasan yang sama dengan DAP dengan 15 kerusi, sebaliknya PKR yang memimpin kerajaan negeri Selangor pula tiada pertambahan kerusi. Sudah tentu PAS yang semakin membesar itu, tidak berpuas hati dengan PKR menjadi ketua dalam memimpin kerajaan negeri Selangor. Hasilnya, tidak henti-henti muncul konflik dalaman kerajaan negeri sehingga membawa kepada tragedi tukar MB. Jika melihat pada situasi keseluruhan, PKR sepatutnya berterima kasih kepada PAS kerana bertolak ansur dalam jawatan MB.

Apabila Najib berjaya memerangkap Hadi Awang ke dalam perangkap hudud, bagi pakatan besar pembangkang, ia sama dengan kehadiran satu lubang yang besar dan PAS telah menjadi alat pemusnah dan manipulasi UMNO.

Pada PRU akan datang, dalam keadaan PAS mencetuskan huru-hara pertandingan berpenjuru, adakah parti itu masih mampu mempertahankan 15 kerusi asal di Selangor? Sebenarnya jika tolak dua kerusi DUN AMANAH, PAS hanya tinggal 13 kerusi sahaja dan sudah cukup baik kerajaan PH Selangor tidak “menendang” keluar parti itu daripada pentadbiran negeri.

Pada PRU akan datang, dalam keadaan pertandingan tiga atau empat penjuru, PAS bukan sahaja sukar untuk mempertahankan 13 kerusi yang sedia ada malah parti itu memberi peluang kepada UMNO untuk memperolehi semula kerusi yang hilang. Kerusi yang dimiliki oleh PAS sebanyak 13 kerusi pasti akan dibahagi-bahagikan kepada parti yang lain. Dalam keadaan ini, masihkah ada ruang untuk PAS di Selangor? – Guang Ming Daily

Related Articles