Masalah peniaga India Tradisional akan ditangani secara berperingkat – Ku Nan

“Saya akan mengutarakan isu ini dan berbincang dalam mesyuarat Kabinet nanti,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh para peniaga dan orang awam yang berkumpul di Majlis sambutan Konsert Deepavali di Lebuh Ampang di sini.

Kebanyakan peniaga India tradisional di kawasan itu terdiri daripada peniaga barang kemas, kedai kain dan pakaian sari dan sebagainya.

Mereka mendakwa perniagaan mereka adalah berasaskan tradisional India dan memerlukan mereka mengimport pekarja berkemahiran dalam kesemua perniagaan tersebut dari India.

“Tindakan kerajaan membeku pengambilan pekerja telah mengeruhkan keadaan dimana peniaga kami yang sudah tamat tempoh permit pulang ke negara asal tapi kami tidak dapat menggantikan dengan pekerja berkemahiran yang baharu.

“Harap kerajaan dapat mempertimbangkan serta menyelesaikan masalah kami,” kata mereka.

Selain itu mereka turut menuntut satu kemudahan tempat letak kereta di kawasan itu di masa hadapan. – Malaysia Nanban

Related Articles