Masalah pengangguran semakin serius

by SM Amin

Dalam keadaan yang tertekan sekarang, tiada lagi kelihatan riak wajah ceria pada rakyat Malaysia. Di kala harga barang melambung tinggi, pendapatan golongan pertengahan dan rendah tidak cukup wang untuk berbelanja.

Perniagaan besar sukar untuk kekalkan perniagaan mereka apatah lagi peniaga kecil. Hendak buka kedai, kedai rugi, hendak ditutup, mahu makan apa pula. Kemerosotan ekonomi juga menyumbang kepada punca utama rakyat menganggur. Ramai rakyat menderita namun tidak diketahui kerajaan mendengar rintihan rakyat atau tidak?

Masalah pengangguran di negara kita agak serius dan kompleks. Kita boleh lihat berita orang muda membunuh diri kerana terdesak akibat pengangguran. Ramai graduan yang tidak dapat mencari kerja sambilan selepas tamat belajar.

Dalam keadaan kemerosotan ekonomi ini, jika orang muda tidak tahu bagaimana menghargai diri, nescaya mereka akan terjerumus dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang dan mewujudkan lebih banyak masalah sosial. Anak muda adalah tonggak masa depan negara, jika negara gagal menyediakan ruang yang lebih baik kepada mereka, sudah tentu ia akan membuatkan orang patah hati dengan kerajaan! – Kwong Wah Yit Poh

Related Articles