Maria Chin boleh ditahan semula -KPN

Beliau berkata demikian ketika mengulas pembebasan Maria yang sebelum ini di tahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012.

“Tidak bermakna kes Maria telah ditutup.

“Kami masih menyiasat dan akan membentangkan kertas siasatan kepada Peguam Negara dalam masa satu bulan,” katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis penyerahan motosikal berkuasa tinggi di Bukit Aman pada Selasa.

Maria telah dibebaskan pada Isnin selepas ditahan 10 hari, bermula malam sebelum berlangsungnya perhimpunan Bersih 5.0 pada 19 November lalu.

Mengenai serbuan di Empower pada Isnin, Ketua Polis Negara berkata polis mahu mengumpul bukti dan dokumen berdasarkan maklumat bahawa organisasi itu menerima dana dari luar negara.

“Empower juga merupakan pejabat lama Maria,” kata beliau.

Related Articles