16
Tindakan bapa kepada tiga anak itu bukan sahaja menyebabkan rumah yang disewanya sejak tujuh tahun lalu itu musnah, malah kejadian pada pukul 5.36 petang itu turut melibatkan lima buah rumah lain.
Pemilik rumah yang ingin dikenali sebagai Miss Lim, 36, berkata, dia hanya mengetahui mengenai kejadian tersebut selepas dimaklumkan oleh isteri lelaki terbabit menerusi panggilan telefon.
Katanya, wanita tersebut memaklumkan yang suaminya mahu membakar rumah itu selepas berlaku pertengkaran antara mereka.
“Saya terkejut apabila wanita itu meminta saya datang segera kerana suaminya sedang membakar rumah. Apabila saya sampai, saya lihat api sedang marak membakar rumah saya serta lima buah rumah lain,” katanya, memetik laporan Kosmo Online.