Mansuh diskaun rumah, kerajaan Selangor cuba kurangkan ekuiti Bumiputera

Sebagai Menteri Besar Amarekaa wakil Democrats, Abe terpanggil untuk komen isu dibawah.

Diskaun bumiputera akan dimansuhkan kerajaan Selangor mulai Khamis ini untuk hartanah komersial seperti pangsapuri servis dan soho.

Sudahlah kami pelabur bumi tak dibenarkan jual pada non bumi untuk majoriti hartanah. Market subsale kami kecil. Anda market luas sekali.

Sudahlah berapa kerat sahaja pelabur hartanah undercons seperti Abe yang ingin memperluaskan ekuiti bumi. Dahlah majoriti hartanah jenis ini di pusat bandar.

Hartanah dalam pembinaan (undercons) adalah punca kepada subsale dan lelong. Haruskah anda sekat kami pada industri huluan (upstream)?

Makin kuranglah pelabur huluan. Dan kami hanya mampu beli hartanah hiliran dari anda sahaja?

Sampai hati anda kerajaan Selangor. Janganlah buat sesuatu tanpa meminta pandangan kami dahulu.

Bagaimana dengan adik-adik Abe? Bagaimana masa depan anak-anak Abe? Bagaimana masa depan anak bangsa Abe?

Sampai hati kamu. Tidak cukupkah pemilikan ekuiti 66% anda pegang? Yang 33% pun kamu nak usik? Ini tidak adil!

Dipetik dari Facebook Abe Nazz Daimyo EcoPark

*Tulisan ini adalah pandangan peribadi pemilik akaun Facebook dan tidak mempunyai kaitan dengan pihak editorial TheRakyatPost.my

Related Articles