Mangsa culik selamat, kata KPN

Beliau mengesahkan empat rakyat Malaysia yang diculik lelaki bersenjata pada 1 April lalu masih hidup.

“Bagaimanapun, saya enggan dedahkan peringkat mana dan apa yang sedang kita lakukan kerana bimbang akan menimbulkan masalah kepada semua tebusan itu,” katanya.

Semalam Kementerian Luar memanggil Duta Besar Republik Filipina ke Malaysia, Jose Eduardo E Malaya untuk mengulangi permohonan Malaysia bagi mendapatkan bantuan Kerajaan Filipina dalam usaha membebaskan empat warga Malaysia yang diculik itu.

Empat rakyat Malaysia diculik adalah Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29 dan Johnny Lau Jung Hien, 21.

Related Articles