Mangsa banjir di Terengganu menurun kepada 1,022 orang

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Lt Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata ketika ini hanya 302 keluarga masih berada di 21 pusat pemindahan di lima buah daerah.

“Daerah Hulu Terengganu yang terjejas teruk menunjukkan penurunan ketara dengan jumlah mangsa hanya seramai 361 orang setakat pukul 8 pagi berbanding 853 orang pada pukul 10 malam tadi.

“Duapusat pemindahan di daerah itu telah ditutup menjadikan bilangan yang masih dibuka hanya empat bua iaitu di Hulu Terengganu.

“Di Marang pula, jumlah mangsa menurun kepada 488 orang berbanding 540 orang malam tadi.

“Jumlah mangsa di Dungun ialah 87 orang, Kemaman (58) dan Setiu (28 orang),” katanya. – Bernama

Related Articles