Mangsa banjir di Kelantan semakin meningkat

Semua mangsa membabitkan 1,213 keluarga itu ditempatkan di 36 pusat pemindahan di tujuh daerah iaitu Kuala Krai, Jeli, Pasir Mas, Pasir Puteh, Machang dan Tanah Merah.

Berdasarkan portal e-Banjir sehingga jam 11 malam tadi, Pasir Puteh turut dilanda banjir selepas satu pusat pemindahan iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Awang dibuka mulai petang tadi yang menempatkan 27 mangsa.

Daripada jumlah mangsa banjir itu, Pasir Mas mencatatkan bilangan mangsa paling ramai iaitu 2,210 penduduk daripada 902 keluarga yang kini berada di 13 pusat pemindahan.

Manakala, Tanah Merah mencatatkan 502 mangsa diikuti Kuala Krai 296 mangsa, Machang (216 mangsa) dan Jeli 208 mangsa.

Related Articles