‘Mana UMNO bila Nazri Aziz sindir TMJ’, kata Syed Saddiq

Dalam posting terbaharu di laman Facebook miliknya, Syed Saddiq berkata, budak mentah yang dikatakan oleh Syahrin itulah yang akan memperjuangkan negara dan menjatuhkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang korup.

“Di manakah Umno apabila Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) disindir oleh (Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed) Nazri Aziz.

“YB sendiri nak ‘whack’ TMJ, tetapi Umno tidak sekali pun label beliau sebagai seorang yang biadap,” kata Syed Saddiq, memetik kenyataan di laman sosial beliau itu.

Beliau berkata, terdapat segelintir pemimpin Umno yang mempertahankan kenyataan Nazri.

“Perbezaannya, saya tak lah ugut kata nak ‘whack’ orang yang tak setuju dengan saya. Saya karangkan satu surat yang menggunakan bahasa istana dan pastikan bahawa surat tersebut mencerminkan budaya budi bahasa di Malaysia. Hormat itu tetap. Rakyat dan Raja berpisah tiada.

“Jangan talam dua muka, sokong hanya apabila ia membawa kebaikan kepada diri sendiri. ‘Be consistent, be principled’. Jangan jadi seorang hipokrit,” katanya.

Syed Saddiq dikecam kerana mengeluarkan surat terbuka kepada Sultan Ibrahim semalam yang meminta baginda mempertimbangkan semula pengharaman demonstrasi jalanan di Johor yang dianggapnya budaya sesat.

Related Articles