Berdasarkan pengumuman Bajet 2016, Sekolah Cina telah diperuntukkan RM50 juta untuk pembangunan namun, sehingga ke hari ini wang berkenaan masih tidak disalurkan dengan betul.
Malah pihak DAP Perak turut mempertikaikan ke mana perginya wang yang telah diperuntukkan kerajaan persekutuan buat pembangunan sekolah vernakular negeri itu.
“Kami ingin tahu sangat mana perginya wang berjumlah besar itu, adakah disebabkan kedudukan wang itu digunakan untuk tujuan lain.
“Polis perlu siasat perkara ini segera,” kata Ketua Penerangan DAP Perak, Chong Soo Ming.
Akhbar China Press mengesahkan menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kesemua wang itu dikembalikan kepada kementerian itu.
Namun katanya, KPM mendakwa ia tidak mendapat kesemua jumlah keseluruhan wang itu.
“Memandangkan tahun 2016 bakal menutup tirai, lebih 800 sekolah Cina di negara ini tidak menerima satu sen pun dari wang RM50 juta itu.
“Kami tak pasti apakah nasib yang sama berlaku pada tahun 2015, tapi wang RM30 juta ketika itu sudah digunakan untuk masalah banjir.
“Peruntukan pada tahun 2013 dan 2014 pula diagihkan secara telus kepada manfaat sekolah Cina seperti yang diperuntukkan tetapi sejak MCA kembali dalam Kabinet kesemua masalah ini mula berlaku.
“MCA yang mendabik dada segala masalah komuniti Cina akan selesai jika kembali menganggotai kabinet, jadi apa MCA nak jawab untuk kepincangan ini (RM50 juta).
“Kami juga mahu peruntukan sebanyak RM20.5 juta untuk sekolah menengah dan RM50 juta untuk sekolah katholik juga perlu disiasat polis,” tegasnya. – Tamil Nesan