Man Kidal nafi terlibat penggubahan wang haram

Man Kidal atau nama sebenarnya Abdul Rahman Mahmood, 53, mengetahui perkara tersebut selepas menerima beberapa aduan daripada orang ramai selain viral di media sosial.

Tambahnya, individu tidak bertanggungjawab itu cuba memanipulasi nama syarikat miliknya untuk mendapat keuntungan segera.

“Perkara tersebut secara tidak langsung telah memberi kesan buruk kepada imej syarikat termasuk diri saya sendiri dan juga keluarga.

“Syarikat saya terlibat melakukan perniagaan penjualan produk pemakanan kesihatan dan tiada kaitan dengan aktiviti pengambilan penggubalan wang haram atau menerima bayaran deposit,” katanya, memetik Kosmo Online.

Selain itu, pengasas kumpulan Lefthanded tersebut turut membuat laporan polis pada 24 Ogos lalu di Balai Polis Sungai Plong, Sungai Buluh.

Beliau turut akan mengambil tindakkan undang-undang kepada lima individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyebaran khabar angin tersebut. 

Related Articles