20
Malindo Air dalam satu kenyataan berkata, telefon pintar itu dilarang memasuki bagi semua penerbangan berkuatkuasa 12.01 tengah malam 18 Oktober.
“Penumpang tidak dibenarkan membawa telefon pintar Galaxy Note 7 berkenaan walaupun ada yang dipanggil semula untuk membuat penggantian. Ia juga dilarang dimasukkan ke dalam bagasi dan tidak akan dibenarkan menaiki pesawat.
“Larangan ini adalah disebabkan kebimbangan kami mengenai risiko kebakaran yang berpotensi berlaku melalui bateri peranti berkenaan selepas beberapa insiden yang berlaku sebelum ini di seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Katanya, Malindo Air meminta kepada semua penumpang supaya mematuhi semua arahan keselamatan dengan tegas, memetik laporan Harian Metro.