Malaysia tidak kompromi pencerobohan Laut China Selatan – Najib

by SM Amin

Bagaimanapun kata Najib, kerajaan cuba bersikap ‘non-confrontation’ dan yakin isu itu boleh diselesaikan melalui meja rundingan.

“Walaupun kita ada hubungan kukuh dalam ekonomi dengan China, kita masih berpegang kepada prinsip tegas mengenai kedaulatan Malaysia.

“Kita cuba mengambil sikap ‘non-confrontation’, tetapi kita tetap tegas kerana soal kedaulatan Malaysia kita tidak akan kompromi,” katanya di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen PKR -Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar langkah yang diambil kerajaan apabila berhadapan dengan pencerobohan kedaulatan negara.

Menurut Najib, sebagai negara yang berdaulat, Malaysia berpendirian sebarang masalah, perbezaan dan pertikaian hendaklah ditangani dan diselesaikan melalui rundingan.

“Semua negara mesti pastikan keamanan dan kestabilan dan sebarang tindakan yang boleh menggugat kestabilan, ketegangan dan kecurigaan serta bersifat provokasi hendaklah dielakkan,” ujarnya.

Related Articles