Malang tidak berbau, bapa dan anak maut dirempuh go kart

Dalam kejadian jam 11.30 pagi, mangsa Izuan Isa, 30, berasal dari Kelantan bersama anak perempuannya berusia empat tahun sedang menyaksikan perlumbaan itu sebelum dirempuh satu kenderaan Go-Kart yang dikatakan hilang kawalan.

Difahamkan kenderaan itu hilang kawalan ketika cuba memotong kenderaan lain sebelum merempuh mangsa.

Seorang penonton, Said Ishak, 56, memberitahu mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya pula di Hospital Tengku Ampuan Afzan selepas cedera parah di kepala.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Aziz Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian, petik BH Online.

 

Related Articles