Malakoff akan monopoli IPP selepas 1MDB gagal seperti MV Agusta

Penganalisis politik, Raja Petra Kamaruddin berkata, Dr Mahathir mahu 1MDB gagal sepertimana beliau merugikan syarikat MV Agusta yang dibelinya menerusi Proton sewaktu menjadi Perdana Menteri dahulu.

“Ramai antara anda mungkin tidak tahu apa terhadi kepada MV Agusta dan bagaimana RM400 juta menjadi sia-sia. Pada Disember 2004, Proton membeli 57.75% pegangan didalam MV Agusta degan harga 70 juta euro (RM367.6 juta). Penasihat Proton ketika itu adalah Mahathir.

“Tidak lama kemudian, MV Agusta dijual dengan harga 1 euro (RM4.00), kemudian individu yang membeli syarikat tersebut menjualnya kepada Harley Davidson pada harga US$109 juta (RM450 juta).

“Maka Proton kerugian hampir RM370 juta dan ‘rugi’ lagi RM450 juta apabila ia (Proton) boleh menjana RM80 juta,” katanya di Malaysia Today.

Menurut beliau, Dr Mahathir meletakkan harapan agar 1MDB juga mengumumkan syarikat tersebut mengalami kerugian teruk dan terpaksa dijual dengan harga murah sepertimana beliau lakukan terhadap MV Agusta.

Ujar Raja Petra, sebab utama bekas Perdana Menteri itu bertindak sedemikian agar syarikat proksinya, Malakoff, boleh memonopoli Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) yang turut diburu oleh 1MDB menerusi Edra Global Energy Bhd.

“Tahun lalu, penganalisis berkata Malakoff merupakan peluang terbaik kepada pelabur untuk melabur dalam IPP. Mereka berkata ketidaktentuan (1MDB) untuk menyenaraikan unit kuasanya, Edra Global Energy Bhd, yang telah ditangguhkan beberapa kali menjadikan Malakoff calon yang lebih hebat berbanding 1MDB.

“Dalam erti kata lain, oleh kerana 1MDB tidak mampu meneruskan rancangan IPO, ini bermakna Malakoff menjadi pengeluar kuasa terbesar di Malaysia. Maka usaha mensabotaj 1MDB atau kegagalannya merupakan satu kelebihan kepada sesiapa sahaja yang memiliki Malakoff,” katanya.

Tambahnya, Dr Mahathir mahu kerajaan mengumumkan perniagaan 1MDB berada dalam keadaan terburuk agar Malakoff boleh tampil ‘menyelamatkan’ keadaan dengan membeli pegangan syarikat 1MDB.

Jelas beliau, Mahathir bukan sahaja mahu Malakoff menjadi IPP terbesar yang mengawal 50% pengeluaran kuasa, tetapi beliau mahu syarikat memonopoli industri dengan memaksa TNB membeli perkhidmatannya menerusi kontrak berdekad lamanya dengan harga yang ditetapkan oleh syarikat pengeluar IPP itu.

“Secara dasarnya ia merupakan perniagaan yang sangat menguntungkan. TNB harus membeli elektrik yang dihasilkan dengan harga tertentu. Petronas, sebagai balasan harus menjual gas kepada syarikat IPP ini dengan harga murah dari harga pasaran.

“Syarikat IPP ini akan menjana keuntungan sementara TNB dibebani dengan kerja sukar menjual elektrik. Samaada TNB menjana keuntungan atau rugi bukan masalah IPP,” ujarnya sambil menambah isu ini merupakan sebab Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Allahyarham Tan Sri Ani Arope meletakkan jawatan pada 1996.

“Beliau (Ani Arope) tidak sanggup melihat TNB dianiaya dengan membantu IPP menjana duit sehingga RM20 bilion setiap tahun menurut Ani Arope.

“Apa yang membuatkan Ani Arope lebih meluat adalah sekiranya beliau ‘menyusahkan’ IPP, beliau akan mendapat panggilan daripada pejabat Perdana Menteri,” katanya merujuk kepada campurtangan Dr Mahathir dalam keputusannya dalam TNB ketika itu.

Related Articles