Maklumat DOJ beri kesan kepada audit 1MDB, kata Deloitte

Sehubungan itu, penyata kewangan 1MDB pada tahun-tahun tersebut, yang ditandatangani Deloitte pada 28 Mac 2014 dan 5 November 2014 tidak boleh lagi digunakan, kata syarikat audit itu dalam kenyataan, pada Rabu.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan selepas 1MDB mengumumkan Deloitte sedang menarik diri sebagai juruaudit syarikat pelaburan itu, menjadikannya yang ketiga berbuat demikian sejak 2009.

Deloitte telah memaklumkan hasratnya menarik diri pada Februari lalu, kata 1MDB dalam kenyataan, pada Selasa.

Syarikat itu bagaimanapun akan kekal di kedudukannya sehingga penggantinya diumumkan.

Akaun-akaun 1MDB dari 2010 hingga 2012 diaudit oleh KPMG. Perkhidmatan syarikat itu bagaimanapun ditamatkan pada Disember 2013.

Menurut laporan jawatankuasa kira-kira Wang Negara berkaitan 1MDB, khidmat KPMG ditamatkan selepas enggan menandatangani akaun-akaun tanpa perincian berkaitan pelaburan bernilai AS$$2.32 bilion.

The Wall Street Journal melaporkan firma Ernst & Young ditamatkan pada 2010 selepas membangkitkan persoalan sama.

DOJ mahu menyita lebih AS$1 bilion aset yang dikatakan berpunca daripada 1MDB.

Lembaga 1MDB semalam bagaimanapun berkata mereka yakin tiada sebarang salah laku berlaku.

Related Articles