Presidennya, Datuk R. S. Thanenthiran berkata, pihaknya akan menggembleng tenaga dan bekerja bersungguh-sungguh untuk mendapatkan mandat rakyat bagi BN meneruskan pemerintahan di Putrajaya.
“Sekiranya BN memberi satu kerusi Parlimen kepada Makkal Sakthi, kami akan menerima dengan hati terbuka.
“Jika tidak kami tidak akan kecewa tetapi akan berusaha untuk mengembalikan undi masyarakat India kepada calon BN dan menang,” katanya.
Tambah beliau, ratusan ahli baharu sedang direkrut ke dalam parti dan menyaksikan penyertaan beramai-ramai ke dalam BN.
“Daripada 123,000 ahli Makkal Sakthi, 75 peratus adalah belia atau pemuda yang sangat berdedikasi untuk menyumbang kepada kerajaan.
Semua ahli akan diturunkan sebagai jentera kempen PRU nanti, dan setakat ini lebih 10,200 pengundi telah didaftarkan oleh Makkal Sakthi dan diteruskan lagi.
“Saya yakin masyarakat terus menyokong BN kali ini,” ujarnya lagi. – Tamil Nesan