Makanan bernama anjing

Hanya di bahagian akhir Jakim menasihatkan supaya nama produk yang mengandungi perkataan dog (anjing) ditukar kepada nama yang lebih sesuai.

Salahkah cadangan tersebut? Hinakah cadangan tersebut? Macam saya tulis dalam garis masa Azmi Arshad, sakit di mana kalau tiada perkataan anjing dalam nama makanan terbabit?

Ia bukan isu umat Islam tidak boleh bezakan antara nama makanan dengan kandungan makanan. Ia lebih kepada mewujudkan suasana yang lebih mesra pengguna Islam dalam sebuah negara Islam.

Lagi pun hanya beberapa bangsa manusia sahaja yang makan anjing. Kebanyakan bangsa di dunia ini melihat makan anjing adalah sesuatu yang menjijikkan.

Justeru sangat misteri kenapa nama makanan yang langsung tidak berkaitan dengan “dog” diletakkan perkataan “dog”.

Yang lebih misteri ramai pula orang Islam menjadi jurucakap membela produk tersebut.

Untungnya kapitalis kerana ramai orang Islam muncul mempertahankannya tanpa dibayar berbanding jika mereka mahu mengiklan atau membuat advertorial.

Dalam keadaan tidak mahu membenarkan fahaman Islam yang terlalu rigid dan bersifat menghukum seperti Taliban dan IS berkembang, sebahagian kita telah menjadi terlalu bertolak ansur dan liberal.

Ini zaman umat Islam berlumba-lumba menunjukkan mereka terbuka dan demokrat ulung. Mereka menggunakan pelbagai alasan dan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan ahli politik dan kapitalis bukan Islam.

Secara psikologi mereka telah diindoktrinasi bahawa cara ini boleh memperbaiki imej Islam dan membuka mata non muslim mengenai keindahan Islam.

Mereka tidak sedar apa yang mereka lakukan ialah sedang sedikit demi sedikit menghakis batas-batas cara hidup Islam yang telah lama berakar umbi di negara ini.

Yang pada akhirnya nanti status Islam hanyalah sekadar salah satu agama anutan saja.

 

Dipetik dari Facebook Ab Jalil Backer

*Tulisan ini adalah pandangan peribadi pemilik akaun Facebook dan tidak mempunyai kaitan dengan pihak editorial SmasaNews.com

Related Articles