Majlis Syura lulus calon PAS PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar

Beliau bagaimanapun berkata, nama-nama calon bagi dua kerusi Parlimen itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

“Nama-nama sudah diluluskan Majlis Syura. (Nama) akan diberitahu kemudian,” katanya ketika ditemui pemberita, di Parlimen, hari ini.

Ditanya sama ada PAS berharap agar Pakatan Harapan tidak meletakkan calon mereka pada pilihan raya kecil Jun depan, Abdul Hadi berkata, perkara itu terpulang kepada parti masing-masing.

“Kita tak boleh paksa. Itu terpulang pada mereka sendiri,” katanya.

Hadi berkata, PAS juga tidak akan mengalami kerugian sekiranya Parti Amanah Negara (Amanah) mahupun PKR meletakkan calon mereka dalam PRK itu.

“Kalau kita bertanding, PAS tak rugi. Sama ada menang atau kalah. Kalau menang, untung…kalau kalah, balik modal. BN kalau kalah, rugi. Kalau menang, balik modal.

“Parti lain boleh mengadu nasib,” katanya tanpa mengulas panjang.

Related Articles