Majlis Raja-Raja tolak Deklarasi Rakyat

Idris yang turut berada dalam Istana Negara ketika mengiringi Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob berkata, majlis berkenaan berpendapat Deklarasi Rakyat itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara menolak Deklarasi Rakyat yang kononnya mempunyai sejuta tanda tangan bagi menyingkirkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

“Ini kerana, usaha itu sangat bercanggah dengan Perlembagaan Negara berikutan pemilihan pemimpin dibuat melalui sistem pilihan raya. Ia tidak disokong oleh Raja-Raja Melayu,” katanya, memetik laporan berita Harian.

Akhbar itu melaporkann Idris berkata demikian dalam wawancara “30 minit bersama Idris Haron” yang disiarkan radio Melaka FM.

Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan menemui Agong untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat dalam usahanya menyingkirkan Najib melalui sejuta tandatangan rakyat susulan isu skandal membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau turut menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama mantan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menewaskan Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan melalui proses pilihan raya yang sah.

Related Articles