21
Difahamkan, kejadian yang berlaku pukul 1 petang itu melibatkan pelajar Tingkatan Satu dan Dua sekolah berkenaan yang mengalami muntah dan cirit-birit selepas dipercayai memakan nasi goreng di kantin.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin berkata, dua pelajar dikejarkan ke Hospital Putra manakala bakinya mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.
“Setakat hari ini (Rabu), 16 mangsa termasuk seorang guru wanita berusia 46 tahun telah dibenarkan pulang manakala tiga lagi dimasukkan ke wad ekoran keadaan mereka masih lemah,” katanya pada sidang akhbar di Hospital Melaka.