Mahkamah tolak permohonan habeas corpus Maria

Menurut Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Nordin Hassan, pihaknya sudah menerima surat daripada penasihat undang-undang Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai pembebasan Maria pada Isnin.

Susulan daripada itu kata Nordin, Maria tidak boleh memfailkan afidavit balas dan beliau tidak boleh memutuskan untuk membuat keputusan mengenai merit permohonan itu.

“Mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan mengenai merit apatah lagi memutuskan mengenai ganti rugi. Oleh itu, saya membatalkan permohonan habeas corpus tersebut,” katanya.

Related Articles