14
Ketua Hakim Syarie Selangor, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, mahkamah itu akan bersidang dua kali sebulan bermula pada pukul 8 sehingga 10 malam.
Mohd. Na’im berkata, persidangan itu diadakan bagi membantu pihak yang sukar untuk hadir pada waktu siang dan mendapatkan cuti untuk menghadiri prosiding di mahkamah.
Menurutnya, mahkamah itu akan mula bersidang pada Isnin ini dengan beliau sendiri akan mendengar kes-kes tertunggak sebelum diperluaskan kepada hakim-hakim lain secara berperingkat-peringkat.
“Sebagaimana yang semua sedia maklum, Selangor mempunyai pendaftaran kes dan kes tertunggak yang tinggi di negara ini. – Kosmo! Online