Mahathir jangan lupa ‘wang ehsan’ sebelum BR1M – Salleh Keruak

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, beliau agak pelik dengan kenyataan Pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang menggelar pemberian BR1M sebagai rasuah kerajaan kepada rakyat.

“Ini kerana semasa pemerintahan beliau (Tun M) dia juga membawa bantuan seumpama semasa pemerintahan selama 22 tahun itu.

“Tun M pernah memberikan bantuan dengan nama ‘wang ehsan’ kepada Terengganu ketika itu,” katanya.

Tambahnya, kerajaan Persekutuan telah memberikan ‘wang ehsan sebagai gantian kepada Royalti minyak’ kepada kerajaan Terengganu ketika itu.

“Wang itu diberikan pada tahun 2000 sebagai digunakan untuk membantu rakyat seperti mana bantuan BR1M sekarang.

“Terengganu telah berada di bawah pemerintahan kerajaan PAS dari tahun 1999 hingga 2004.

“Orang yang berikan wang ehsan dan bantuan kepada Terengganu kini membantah BR1M sebagai rasuah kerajaan kepada rakyat.

“Apakah maksud Tun M bahawa jika pembangkang memerintah, segala bantuan dan rancangan pembangunan untuk rakyat akan dihapuskan? Beliau perlu menjelaskan perkara ini,” ujarnya lagi. – Malaysia Nanban

Related Articles