Madu import memudaratkan: Siasatan didedah minggu depan

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, sekiranya siasatan mendapati aduan itu betul, kementerian mempunyai kuasa untuk menghentikan barangan itu daripada diimport dan dijual.

“Bahagian Keselamatan Makanan (di bawah kementerian) sedang membuat semakan terhadap aduan itu.

“Selepas itu, kita akan lihat pada bukti-bukti yang ada, kemudian kita akan ambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Denggi ASEAN dan Konvensyen Combi Peringkat Kebangsaan 2016, di Lotus Desaru, dekat Kota Tinggi pada Sabtu.

Dr. Subramaniam berkata, keputusan siasatan aduan berkenaan akan dikeluarkan minggu depan yang akan menentukan sama ada tuduhan itu betul atau palsu.
Baru-baru ini, beberapa portal asing mendakwa terdapat siasatan sedang dijalankan terhadap produk madu yang dikatakan mempunyai kandungan beracun dan toksin yang boleh memudaratkan kesihatan. – Bernama

Related Articles