Maafkan saya Mastura – Syed Rosli

by SM Amin

Kata Rosli, kenyataan kesat tersebut dibuat ketika sedang marah dan kemudian beliau menyedari ianya keterlaluan.

“Jika diberi peluang, saya ingin memohon maaf berhubung kata-kata kesat saya terhadap beliau”

“Saya memohon maaf kepada calon BN untuk Parlimen Kuala Kangsar terhadap apa yang telah berlaku. Saya kecewa dengan apa yang berlaku.

“Saya sedari bahawa tindakan itu dikuasai oleh perasaan marah dan amat kecewa terhadap apa yang telah diputuskan oleh pucuk pimpinan parti,” katanya sepeti dilapor Sinar Harian.

Jelasnya, beliau akan mencari masa yang sesuai untuk berjumpa dengan Mastura dan meminta maaf secara berhadapan.

“Setakat ini saya tiada nombor telefonnya. Saya faham dengan keadaannya ketika ini. Bila tiba masa yang sesuai, saya akan bersemuka dengannya untuk memohon maaf,” katanya.

Related Articles