13
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan berkata, pembayaran balik diberikan dalam bentuk kupon percuma untuk perjalanan satu hala sahaja dan sah selama lima hari dari tarikh keluaran.
Katanya, pengguna boleh membuat tuntutan berkenaan sekiranya mereka sudah membeli tiket tetapi tidak ingin meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan LRT berikutan kelewatan tren tersebut.
“Sekiranya pengguna masih meneruskan perjalanan dengan menaiki LRT, hak tuntutan itu terbatal dengan sendirinya. Prasarana berharap kenyataan ini akan dapat menjelaskan apa jua kekeliruan yang timbul,” demikian menurut kenyataan Jabatan Komunikasi Kumpulan & Pemasaran Strategik Prasarana, pada Selasa.