LRA Semenyih kembali beroperasi

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) juga berkata bekalan air akan pulih secara berperingkat apabila air dalam kolam takungan mencapai paras optimum.

“Bekalan air sedang disalurkan ke kolam takungan di daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling Jaya.

“Segala usaha juga sedang dilaksanakan untuk mempercepatkan pemulihan bekalan air ke kawasan yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengguna boleh mendapatkan status terkini dan butiran lanjut mengenai pemulihan bekalan air melalui aplikasi telefon pintar mySYABAS dan www.syabas.com.my.

LRA Sungai Semenyih ditutup lebih lima kali tahun ini akibat pencemaran dengan yang terbaharu berlaku pada 23 Okt lepas akibat pencemaran di Sungai Semenyih yang disyaki berpunca daripada kawasan perindustrian di Nilai, Negeri Sembilan.

Penutupan loji itu telah mengakibatkan gangguan air sementara di beberapa kawasan di Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling. – Bernama

 

Related Articles