LRA Semenyih ditutup buat kali keenam

Penutupan itu dilakukan ekoran benteng yang dibina oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebelum ini bagi menyekat pengaliran air Sungai Buah, Dengkil baru-baru ini pecah sekali gus menyebabkan Sungai Semenyih tercemar.

Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah ketika dihubungi sebentar tadi.

“Operasi LRA Semenyih ini ditutup serta-merta selepas mengesan berlaku pencemaran bau di muka sauk pada tahap dua ton kira-kira pukul 4.15 petang tadi.

“Tindakan membina benteng di Sungai Buah adalah untuk mengepam air yang didapati tercemar yang berpunca daripada hulu Sungai Buah di Nilai, Negeri Sembilan,” katanya, memetik Utusan Online.

Related Articles