Liow: Denda RM150 bagi saman AES

Beliau berkata keputusan itu diluluskan oleh Kabinet semasa mesyuarat baru-baru ini.

Beliau turut menyangkal khabar angin bahawa kerajaan akan menyelesaikan kira-kira 1.6 juta saman yang dikeluarkan ke atas kenderaan yang dipandu melebihi had laju di bawah AES apabila ia mula diperkenalkan pada 2012.

“Mereka perlu bayar tetapi mulai sekarang dendanya ialah RM150,” kata beliau kepada pemberita di lobi parlimen semalam.

Beliau berkata mereka yang gagal membayar denda akan disenaraihitam dan tidak dibenar untuk memperbaharui lesen memandu.

Liow berkata pada masa ini sebanyak 40 kamera AES dipasang di Lembah Klang dan Perak.

Related Articles