Lima calon SPM naik lori ke pusat peperiksaan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid berkata para pelajar itu dibawa dari Kampung Menteri selepas diminta keluarga para pelajar berkenaan.

Beliau berkata air naik di sekitar kampung berkenaan dan melimpahi Jalan Matang-Kuala Sepetang kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.

“Sebuah lori digunakan untuk membawa pelajar kira-kira pukul 7 pagi. Selain itu, sebuah ambulans dan jentera bomba turut digerakkan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak memaklumkan bahawa Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah menutup pencawang elektrik di Taman Kuala Sepetang selepas ia dinaiki air hampir satu meter.

“Berikutan itu bekalan elektrik di kawasan berkenaan ditutup sementara dan kira-kira 200 pengguna terjejas,” kata sekretariat itu.–Bernama

Related Articles