Gelang Patah yang pernah menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) jatuh ke tangan pembangkang DAP pada PRU lalu.
Bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Abdul Ghani Osman yang bertanding di kerusi itu tewas dengan majoriti 14,762 kerusi sekaligus mengejutkan BN.
Kerusi yang pernah menjadi kerusi tradisi MCA pada PRU lalu diberikan kepada UMNO dan perkara itu dikaitkan sebagai punca BN tewas di parlimen tersebut.
Ketua Bahagian MCA Gelang Patah, Dato Jason Teoh sepatutnya bertanding di kerusi itu pada PRU lepas apabila dia telah memulakan jentera kerjanya enam bulan sebelum PRU-13.
Pun begitu, menjelang PRU-14, selepas diumumkan kerusi Gelang Patah akan diserahkan kepada MCA untuk bertanding, Jason Teoh dikaitkan kuat akan bertanding di kerusi itu kali ini – Malaysia Nanban.