Lihat Anak Bulan Syawal Ditetap Pada 9 April

KUALA LUMPUR: Pengisytiharan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Selasa, 9 April 2024 Masehi bersamaan 29 Ramadan 1445 Hijriah.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Syawal ialah pada petang Selasa, 9 April 2024 Masehi bersamaan 29 Ramadan 1445 Hijriah,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia.

Menurutnya, sebanyak 29 lokasi di seluruh negara telah diperkenankan untuk melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut.

Kawasan-kawasan tersebut ialah Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu dan Tanjung Bidara, Melaka; Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; . Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak , Kuala Muda, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Alor Setar.

Selain itu, Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Geliga, Kemaman, Pulau Perhentian, Besut, Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kelantan; Pusat Falak Miri,Teluk Bandung, Kuching, Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak dan Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah.

Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands, Menara Kuantan 188; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya 2.29. Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.

Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui Radio dan Televisyen. – MalaysiaGazette

Related Articles