Lesen pembungkus ditarik jika gagal bekal minyak masak – KPDNKK

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Jamil Salleh berkata, pihaknya mendapati bekalan minyak masak di kilang-kilang penapisan minyak sawit mencukupi untuk keperluan dalam negara namun didapati berlaku masalah di peringkat pembungkusan.

“Antara faktor yang kita dapati, masalah ini berpunca daripada pembungkus ini tidak mempunyai masalah kewangan untuk membeli bekalan minyak sawit daripada pengeluar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pemeriksaan bekalan di kilang-kilang penapisan minyak sawit di sekitar Selangor.

Beliau menjelaskan, pihaknya akan melakukan tindakan pemutihan terhadap pembungkus yang diberikan kuota setiap bulan namun masih gagal untuk memenuhi keperluan pasaran dan lesen mereka akan diberikan kepada pihak yang lebih layak.

Bermula 1 November lalu, KPDNKK mengekalkan harga minyak masak satu kilogram (kg) yang dijual dalam peket pada harga subsidi sebanyak RM2.50.

Bagaimanapun, harga minyak masak melebihi 1kg yang dijual dalam botol akan dijual mengikut harga pasaran.

Ekoran daripada itu, bekalan minyak masak di pasaran mengalami kekurangan berpunca daripada pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan menyorok bahan tersebut, memetik Kosmo Online.

Related Articles