Lelaki suspek kes amuk Melaka ditahan polis

Suspek yang berumur 26 tahun itu berjaya ditahan di Masjid Bukit Rambai, kira- kira pukul 11 pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, mangsa terdiri daripada pasangan suami isteri masing-masing berusia 62 dan 70 tahun, dan anak lelaki pasangan itu yang berusia 22 tahun.

Mayat ketiga-tiga mangsa ditemukan dalam rumah berkenaan.

Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din berkata, kejadian amuk itu turut menyebabkan tiga lagi wanita cedera dengan dua daripadanya yang berusia 24 dan 27 tahun dilaporkan parah, dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Melaka.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar turut melawat lokasi kejadian itu pagi tadi.

Related Articles