Dalam kejadian 10.30 pagi itu, Rosli Sabran, 40, bersama dengan jemaah surau yang lain mahu melaksanakan ibadah korban sebaik sahaja selesai solat sunat Aidiladha.
Menurut Pengerusi surau, Hirzan Bazli, lembu tersebut yang merupakan lembu terakhir daripada tiga ekor lembu secara tiba-tiba bertindak agresif sehingga menyebabkan kecederaan kepada Rosli.
“Lembu berkenaan agak liar dan agresif hingga menyukarkan proses penyembelihan. Pada masa sama, hujan lebat serta tanah lembap menyebabkan mangsa tergelincir dan terjatuh.
“Mangsa kemudian ditendang lembu berkenaan menyebabkan kaki kanannya patah,” katanya seperti dilapor Harian Metro.
Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil.