Lelaki Maut Nahas Tiga Kenderaan

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan maut setelah terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 12.5 Jalan Mawai-Tanjung Sedeli dalam kejadian dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, mangsa yang merupakan lelaki warga tempatan menunggang motosikal jenis Honda.

“Kejadian berlaku 9.30 malam melibatkan mangsa dan kereta Proton Saga FL dan Narza Forte. Mangsa berusia 38 tahun meninggal di tempat kejadian ekoran kecederaan di bahagian kepala dan mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk siasatan.

“Sementara itu, pemandu Proton Saga FL iaitu wanita tempatan berusia 29 tahun dan pemandu Naza Forte iaitu lelaki tempatan berusia 24 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussin berkata, kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM50,000 selain hilang lesen kelayakan memandu untuk lima tahun.

Dalam pada itu, polis turut mengingatkan orang ramai supaya mematuhi peraturan jalanraya demi kesalamatan diri dan pengguna jalanraya lain.- MalaysiaGazette

Related Articles