19
Lelaki itu ditahan semasa tampil di Balai Polis Miri pada kira-kira pukul 1 petang Jumaat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar mengesahkan penahanan tersebut.
“Ia merupakan penahanan keempat setakat ini berkaitan dengan kenyataan yang dimuat naik di Facebook mengenai Allahyarham ketua menteri,” katanya.
Lelaki yang berasal dari Miri itu pada awalnya pergi ke balai polis dan mendakwa akaun Facebooknya telah digodam.
Bagaimanapun, dia mengakui memuat naik komen berkenaan susulan siasatan lanjut.
Dia ditahan serta-merta. – mStar Online