Lelaki jadikan kenalan kanak-kanak di WeChat mangsa seks direman

Perintah reman sehingga 18 Oktober itu dikeluarkan kepada lelaki berusia 24 tahun oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Dalilah Ismail hari ini.

Semalam, polis menahan suspek itu di rumahnya di Taman Setia Jaya, Jalan Langgar di sini setelah dipercayai memberikan dadah dan menjadikan kanak-kanak yang dikenali melalui aplikasi WeChat itu sebagai mangsa seksnya.

Kes itu terbongkar selepas kanak-kanak itu menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital di Alor Setar, sebelum laporan polis dibuat pada Ahad lepas. – Bernama

Related Articles