Lelaki ditangkap buru Pokemon di kem tentera

Romain Pierre, 27, cuba untuk menangkap “raksasa” maya itu ketika sedang berjoging pada waktu petang.

Namun dia akhirnya secara tidak sengaja memasuki kawasan kawalan keselamatan tinggi berkenaan, kata jurucakap polis Jawa Barat, Yusri Yunus kepada AFP.

“Dia memberitahu sedang memburu Pokemon,” kata Yunus, merujuk kepada makhluk digital tersebut.

Menurut Yunus, Warga Perancis itu cuba melarikan diri apabila dikesan pihak berkuasa.

Beliau ditahan selama beberapa jam untuk disoal siasat sebelum dibebaskan pada awal pagi, 19 Julai.

Jurucakap tentera tempatan menggesa orang ramai supaya berhati-hati, kerana Pokémon Go boleh digunakan sebagai medium untuk aktiviti jenayah.

“Mungkin ramai orang yang tidak dikenali cuba untuk memasuki kawasan persendirian untuk melakukan jenayah, namun berpura-pura untuk memburu Pokemon apabila ditangkap,” kata Mokhamad Desy Ariyanto kepada AFP.

Sejak dilancarkan dua minggu lalu, Pokémon Go telah mencetuskan kegilaan di seluruh dunia. –AFP

Related Articles