Lelaki ditahan polis buat kenyataan tahyul Sultan Johor

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di sebuah apartmen di Jalan Bandar Bayan Baru, Bayan Lepas kira-kira pukul 5.05 petang.

Lelaki berkenaan dipercayai merupakan individu yang bertanggungjawab membuat kenyataan jelik terhadap Sultan Ibrahim menerusi aplikasi WhatApps sebelum satu laporan polis dibuat pada petang Ahad lepas berhubung perkara berkenaan,” katanya.

Hasil tangkapan itu, polis turut merampas dua buah telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk membuat kenyataan tersebut.

Kes disiasat di bawah Seskyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas persabitan. –Bernama

Related Articles