Lelaki ditahan cuba seludup orang dalam ‘dashboard’

Polis Sepanyol menemui pelarian yang bersembunyi di dalam ruang sempit bersebelahan enjin kereta, di Ceuta, sebuah daerah di utara Afrika.

Dia merupakan salah seorang daripada migran Afrika dari sub-Sahara yang ditahan kerana cuba menyeberangi sempadan di Sepanyol.

Seorang lagi ditemui bersembunyi dekat tempat duduk belakang kereta.

Insiden terbaharu itu menjadikan lebih 1,000 migran Afrika cuba untuk memasuki Sepanyol melalui Ceuta.

Penahanan tersebut berlaku hanya beberapa hari selepas seorang wanita juga warga Maghribi ditahan di daerah sama kerana cuba menyeludup seorang migran yang merupakan remaja berusia 19 tahun, yang bersembunyi di dalam bagasi. – Mail Online

Related Articles