Lelaki Dijatuhi Hukuman Penjara 6 Bulan Perolok Isu Kontroversi Stoking, Kalimah Allah

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki 35 tahun dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 susulan komennya yang merperolok kontroversi jualan stoking bertulis kalimah Allah.

Keputusan itu disampaikan oleh hakim Suzana Hussin selepas Chiok Wai Loong mengaku bersalah dalam pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Chiok yang tidak diwakili peguam mengaku membuat komen itu di Facebook, memohon maaf tetapi menjelaskan dia tidak bermaksud menghina agama lain.

“Saya ingat ini benda kecil.

“Saya tak tahu jadi serius macam ini,” katanya dalam sebak.

Dia memohon mahkamah mengurangkan hukuman terhadapnya dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama pada masa depan.

Chiok, dari Cheras, Kuala Lumpur, ditangkap polis semalam.

Dia sebelum ini telah membuat permohonan maaf terbuka setelah mendapat ‘nasihat’ beberapa lelaki dipercayai anggota kumpulan silat.

Dia juga menjadi mangsa dedah maya oleh pihak tidak berpuas hati yang berkongsi maklumat peribadinya di alam maya. –Malaysiakini

Related Articles