Lelaki cuba rempuh polis ditahan

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab. Razak berkata, kejadian itu berlaku sewaktu sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin melakukan Ops Kesan di tanah rancangan itu bagi mengesan individu dikehendaki pada pukul 3.45 pagi.

“Polis telah pergi ke sebuah rumah di Felda Jelai 1 dan melihat enjin sebuah kenderaan Ford Ranger sedang dihidupkan dalam keadaan mencurigakan oleh seorang lelaki di halaman rumah berkenaan.

“Polis telah memperkenalkan diri dan meminta pemandu kenderaan itu berhenti untuk melakukan pemeriksaan tetapi arahan tidak dipatuhi. Lelaki itu kemudian memandu kenderaan itu secara merbahaya untuk melarikan diri dan mahu melanggar anggota polis,” katanya, memetik Utusan Online.

 

Related Articles