Lelaki bujang di Kampung Turki protes tuntut wanita berhenti tolak pinangan mereka

Wanita-wanita di kampung terpencil itu dilihat tidak mahu menerima sebarang pinangan yang dibuat oleh lelaki di situ kerana tidak mahu terperangkap di dalam kawasan tersebut. Lelaki bujang di situ menyifatkan tindakan wanita-wanita tersebut tidak masuk akal.

Perkahwinan terakhir di Üzümlü berlaku sembilan tahun lalu, dan sejak itu penduduk kampung telah berkurangan daripada 400 kepada 233.

Menurut Datuk Bandar, Mustafa Basilan berkata, ramai wanita memilih untuk berhijrah dari kampung ke bandar-bandar seperti Istanbul dan Ankara, tetapi lelaki tinggal di situ untuk menjaga tanah-tanah ladang yang diwarisi mereka.

Beliau menambah bahawa kekurangan bakal isteri telah menjadikan lelaki tidak berpuas hati, walaupun mereka dari segi ekonomi, orang kaya.

Dalam bantahan baru-baru ini, 25 lelaki berusia antara 25 dan 45 berarak disekeliling kampung membawa sepanduk menuntut wanita menerima kehidupan di kampung.

Terdapat sepanduk merayu kepada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan untuk bantuan. Erdogan telah dikritik kerana menentang kawalan kelahiran dan meminta wanita untuk melahirkan anak sekurang-kurangnya tiga orang.

Related Articles