Lelaki belasah adik, mak saudara hingga mati

Suspek yang berlegar di lokasi kejadian selepas itu ditahan penduduk kampung.

Jurucakap polis berkata, suspek berusia 31 tahun itu dikatakan tiba-tiba mengamuk dan memukul adik lelakinya, Muhammad Azuan Wahab, yang terbaring akibat lumpuh, menggunakan pengukur kelapa dan kayu, menyebabkan mangsa cedera parah dan mati di tempat kejadian.

Pada masa sama, katanya, ibu saudara mereka, Rokiah Abdullah, yang tinggal tidak jauh dari rumah itu, bergegas datang sejurus mendengar bunyi bising untuk menyiasat, sebelum turut dipukul suspek sehingga mati.

Berdasarkan maklumat, suspek tidak melarikan diri dan orang kampung yang berjaya menahannya menghubungi polis untuk tindakan susulan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat, memetik laporan BH Online.

Related Articles