Lebuhraya Dash dijangka bermula Ogos, kata menteri

Fadilah berkata, kementeriannya bagaimanapun masih lagi menunggu pewartaan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk projek itu dimasukkan dalam Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2.

“DASH telah diwartakan dalam Rancangan Tempatan Shah Alam pada 31 Julai 2014 yang lalu. Sesi pendengaranAwam juga telah diadakan oleg pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan MBPJ kepada ora awam,” kata Fadillah dalam jawapan bertulis di Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar yang bertanyakan status terkini projek tersebut.

Fadillah berkata, kerajaan negeri Selangor juga telah meluluskan pengambilan tanah di bawah Seksyen 8, Akta Pengambilan Tanah 1960 dan ia telah diwartakan pada 23 Julai 2015.

Lebuhraya itu juga katanya kini sedag berada dalam peringkat reka bentuk terperinci manakala tender pra-kelayakan untuk pemilihan kontraktor sedang dalam penilaian pihak konsesi.

Dash merupakan lebuh raya bertingkat enam lorong dengan 12 persimpangan yang merentasi deretan rumah dan kedai di kawasan kejiranan, menghubungkan pengguna Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan Sprint.

Projek bernilai RM11.5 bilion itu yang tidak diteruskan oleh kerajaan negeri walaupun diluluskan oleh kerajaan Pusat selepas mendapat bantahan penduduk.

Hanaya sekitar 12 peratus penduduk yang membantah manakala 88 peratus penduduk yang terlibat menyokong permbinaan lebuh raya tersebut.

Related Articles